Selepas Perang Dunia II Kapal_tempur

Amerika Syarikat mentauliahkan kembali kesemua empat kapal tempur kelas Iowa semasa Perang Korea dan USS New Jersey bagi Perang Vietnam. Ia digunakan terutamanya sebagai pengeboman persisiran pantai.

Keempat-empatnya ditauliahkan kembali keseluruhnnya di bawah pentadbiran Reagan dan diubah suai bagi membawa Peluru berpandu Tomahawk, dengan New Jersey terbabit dalam pengeboman Lubnan, sementara Missouri dan Wisconsin membedil meriam 16 inci mereka pada sasaran darat dan melancarkan peluru berpandu dalam Perang Teluk.

Keempat-empatnya dibersarakan pada awal 1990-an, kapal tempur terakhir dalam perkhidmatan aktif. Missouri, Wisconsin, dan New Jersey sekarang ialah muzium; Iowa telah disimpan ("mothballed").